Wednesday, May 4, 2011
Hari-Hari Cikgu Main Bola
Hargai jasa guru didik anak bangsa
2011/05/16
“CIKGU suka main bola, hari-hari cikgu main bola, Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu tidur.
“Cikgu sudah tidur mari kita main.”
Demikian bait dipetik dari filem komedi popular berkisarkan kehidupan seorang guru. Betapa penting dan besarnya peranan guru dalam bilik darjah yang mampu mempengaruhi anak didiknya. Bak kata pepatah, guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.
Terdapat sindiran sinis dalam filem ini yang mampu membuka fikiran umum bahawa guru contoh terbaik dalam mewarnai dunia akademik. Jika guru tidak menjalankan peranan sebagai ejen mendidik maka akan terbentuk suatu keadaan yang dipaparkan itu.
Guru golongan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Sebagai pendidik, mereka diamanahkan untuk membimbing, membentuk dan membina warga muda yang dapat memenuhi aspirasi negara.
Jangan cuba sekali-kali menafikan sumbangan dan jasa guru kepada kita. Pengorbanan mereka mendidik anak bangsa sememangnya tidak dapat dipertikaikan.
Kerajaan kini begitu agresif dan fokus dalam menjalankan perancangan dan strategi menggunakan pendekatan transformasi berkaitan aspek ekonomi, masyarakat, perkhidmatan, cara kerja dan pemikiran. Perubahan demi perubahan diolah supaya dunia pendidikan negara mampu bersaing di rantau dunia.
Sempena hari guru ini, mari kita renungkan pencapaian diri, di mana kita berada? Adakah kita akan berada di tahap sekarang tanpa sokongan dari seorang guru? Tepuk dada tanya selera.
Seseorang yang tidak pernah mengharapkan balasan dalam buatannya, seorang yang tekun mendidik walau ada murid mencebik, seorang yang tidak luntur minatnya memberi nasihat walaupun ada murid tidak berminat, seseorang yang menitiskan air mata apabila muridnya berjaya.
Apa yang pasti, pengorbanannya wujud tanpa disedari, kesungguhannya wujud tanpa dirasa, kepayahannya wujud tanpa didengar dan perjuangannya wujud tanpa ada noktahnya. Terima kasih cikgu.
SHAHRIL ANUAR ABDUL GHALIM,
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti
Teknologi MARA Melaka
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargaijasagurudidikanakbangsa/Article/index_html
Nasihat
Nasihat untuk mereka yang bergelar anak.
-dipetik dari Buku Hikayat Abdullah (Abdullah Bin And Kadi Munsyi)
Maka setelah genaplah bulannya dan harinya, pada saat yang tersebut diatas itu, maka aku pun jadilah. Dan lagi, beberapa susahnya ia memeliharakan aku daripada waktu kecilku. Maka umpamanya jikalau barang suatu kena di kakiku, rasanya seperti di biji matanya. Demikianlah kasih ibu akan anak. Maka jikalau kiranya umurku seratus tahun lamanya, sentiasa aku berbuat kebaktian kepada ibuku sekalipun, belumlah pada-pada sekali aku berbalik dalam perutnya, dirasainya sakit itu. Maka pada masa aku kecil, tatkala ia tidur lelap bahawa menangislah aku; maka terkejutlah ia dengan tergopoh-gopoh serta pula dengan muka manis ia membujuk aku serta dihiburkannya akan daku dengan berbagai-bagai ragamnya dan nyanyinya, sehingga mengantuknya itu pun hilanglah, dipangkunya bermalam-malam, tersengguk-sengguk mengantuk pula serta diberinya susu aku hisap. Lagipun dengan hal miskin bondaku tiada berhamba dan tiada pula beradik kakak yang menolong akan dia. Sebab kasihnya akan daku, dipangkunya juga, maka tiada pula ia percaya memberikan aku ke tangan orang lain, takut barangkali orang mengapakan akan daku.
Syahadan, jikalau aku terkenang-kenang akan kasih ibuku itu, adalah aku menanggung seberat bumi dengan langit kasih ibu bapa itu, tiadalah ia dapat aku membalas, melainkan sehari-hari aku mendoakan dia mudah-mudahan diberi Allah akan dia syurga / tempat kediamannya, bersama-sama dengan segala orang yang telah dikasihani Allah akan dia selama-lamanya. Amin! Amin! Amin!
Dengarkan olehmu, hai sekalian anak yang berbudi dan yang berbahagia, bahawa demikianlah besarnya kebajikan ibu bapa itu akan anaknya. Adakah patut kita derhaka akan dia dan tiada kita menurut akan perintahnya dan kita memecahkan hatinya dan kita mengeluarkan air matanya? Maka adalah beberapa anak-anak pada zaman ini yang telah kulihat menderhaka akan ibu bapanya. Maka ada pula yang memukul dan memaki ibu bapanya itu. Dijauhkan Allah kiranya aku daripada anak-anak isi neaka itu! Maka tiadalah aku lanjutkan akan perkataan ini karena bukannya hajatku mengarang yang demikian. Maka jikalau kiranya aku karangkan darihal kasih ibu bapa akan anaknya, nescaya cakaplah kujadikan suatu kitab yang terkaya adanya daripada kitab ini bagi segala orang yang budiman.
Selamat Hari Ibu!
untuk mama...
dari ayah, akmal, nurin dan fina

****

Tuesday, May 3, 2011
Surat Pembaca Berita Harian
Mana resolusi ringankan beban guru?
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Manaresolusiringankanbebanguru_/Article
04/05/2011
APABILA memperkatakan mengenai isu beban kerja berlebihan yang dihadapi guru sekolah boleh diibaratkan seperti air pasang. Ada naik dan ada surutnya. Isu ini akan timbul sekejap dan bermacam perdebatan akan dapat kita baca dan ikuti, baik di dada akhbar atau sumber media massa yang lain. Kemudian secara perlahan-lahan ia akan senyap dan lenyap kembali.Guru pun mungkin sudah tidak berminat lagi untuk menyuarakan perasaan mereka berkaitan hal ini malah, terpaksa menerima hakikat bahawa tiada apa yang akan berubah dalam isu ini.
usteru, apakah hasil daripada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk mengkaji beban kerja guru yang dikatakan kian bertambah ini? Sudah hampir setahun jawatankuasa ini ditubuhkan, tetapi apakah hasil serta tindakan susulan daripada kajian itu.
Itu belum lagi ditambah dengan tugas lain seperti guru disiplin, guru kelab dan persatuan serta bermacam lagi tugas ‘perkeranian’ yang terpaksa dihadapi. Jadi apa bezanya keadaan sebelum dan selepas jawatan kuasa itu ditubuhkan?
Walaupun ada pembantu guru yang dihantar untuk membantu dan meringankan beban kerja guru, tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Pembantu guru ini diambil kesempatan pula oleh pihak pentadbir sekolah untuk meringankan kerja mereka sendiri. Akhirnya bukan guru yang mendapat manfaat daripada kehadiran pembantu guru ini, tetapi yang untungnya adalah pihak pentadbir sekolah.
Saya berharap agar kerajaan dan Kementerian Pelajaran bersikap lebih telus dan serius untuk menyelesaikan masalah beban kerja guru ini. Bukannya sekadar duduk di pejabat, menerima laporan daripada pegawai mereka dan kemudiannya membuat dasar yang tidak bersandarkan realiti sebenar masalah perguruan di negara ini.
MIENAMI,
Puchong, Selangor.
Sunday, April 24, 2011
Surat Pembaca Berita Harian
Wujud sekolah khas murid lemah
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wujudsekolahkhasmuridlemah/Article/index_html
21/04/2011
SAYA begitu tertarik dengan cadangan kerajaan untuk memperuntukkan dana yang berjumlah RM28 bilion bagi pembiayaan pengajian rakyat Malaysia untuk peringkat pengajian tertinggi. Alhamdulillah, semua ini adalah suatu usaha yang amat baik. Tetapi harus diingat, kerajaan juga perlu menyuntik dana yang besar untuk pembangunan pendidikan rendah dan menengah bagi pemantapan modal insan sebagai produk masa depan negara. Apa yang saya ingin kongsi dengan pembaca Berita Harian ialah pengukuhan asas yang diberikan kepada kanak-kanak dan remaja pada peringkat awal adalah amat penting bagi membina potensi diri sebagai arah tuju kelangsungan hidup mereka pada masa depan.
Cuba kita lihat permasalahan sosial yang berlaku pada hari ini. Puncanya ialah kerana asas didikan agama pada peringkat awal tidak mencukupi. Hidup mereka terabai dengan tiadanya kasih sayang, perhatian, tunjuk ajar dan bimbingan agama menyebabkan mereka mudah terjebak kepada kejahatan.
Antara idea yang boleh difikirkan oleh kerajaan ialah mewujudkan Sekolah Khas Bersama Vokasional. Sekolah ini hanya untuk diisi oleh murid yang lemah dan sederhana dalam pelajaran. Kriteria lain juga ialah murid yang miskin dan berpendapatan sederhana, keluarga yang bermasalah serta keluarga yang tidak mempunyai matlamat hidup bagi anak mereka khususnya di luar bandar.
Pengambilan pelajar ini bermula daripada tingkatan satu lagi. Mereka hendaklah ditempatkan di sekolah khas ini dengan diberikan pendedahan asas mengenai dunia vokasional. Mereka diwajibkan tinggal di asrama dan mereka harus diajar untuk hidup berdikari.
Pembelajaran hanya membabitkan subjek yang perlu saja seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam. Jangan dibebankan mereka dengan terlalu banyak subjek.
Modul pelajaran mereka hanya bertumpu kepada bidang vokasional.
Pengisian agama perlu diberikan penekanan utama seperti tidak meninggalkan solat, mempelajari ilmu agama dan mampu untuk menjadi imam.
Di sekolah khas ini juga mereka harus didedahkan dengan dunia perniagaan. Pelajar harus diajar cara untuk berniaga supaya mereka mendapat pendedahan mengenai bidang pemasaran perniagaan.
Binalah sekolah khas ini di seluruh negara. Walaupun ia membabitkan modal yang besar, tetapi pulangannya akan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda.
CIKGU MOHD NORHIESYAM KAMLAUDIN
Wednesday, April 13, 2011
Surat Pembaca Berita Harian
Tangani masalah disiplin pelajar sebelum parah
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganimasalahdisiplinpelajarsebelumparah/Article/index_html
13/04/2011
INDEKS gejala sosial membabitkan remaja dan belia Melayu menunjukkan peningkatan mendadak. Kes jenayah seperti rogol, pembunuhan, sumbang mahram, pergaulan bebas serta pembuangan anak seolah-olah tidak mampu dikawal lagi.Setiap hari ada saja pendedahan membabitkan golongan remaja Melayu sehingga kita merasakan negara ini bagaikan tiada peraturan dan undang-undang yang mampu menyekat semua perbuatan di luar norma kemanusiaan ini.
Pendidikan agama yang diperkenalkan seawal pendidikan prasekolah hingga ke universiti tidak mampu membendung gejala negatif yang merebak kesan ledakan teknologi maklumat yang tidak ditapis.
Kes pergaduhan kian meningkat hingga pelajar pandai membawa senjata berbahaya ke dalam sekolah demi membalas dendam terhadap rakan akibat sedikit salah faham.
Sudah sampai masa guru, pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta gabungan pertubuhan bukan kerajaan termasuk juga pihak penguat kuasa seperti polis berbincang mencari langkah terbaik menangani gejala yang membarah ini.
Pada peringkat komuniti, program keagamaan seperti usrah, ceramah motivasi serta kelas Fardu Ain untuk remaja perlu diadakan sekerap mungkin termasuk mewajibkan remaja dan belia menyertai apa saja program ilmiah serta agama sebegini.
NAZRI HUSSEIN,
Bandar Chukai, Kemaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)